Lompat ke kandungan

3 NOVEMBER 2021
MEXICO

Banjir di Mexico Akibat Taufan Pamela

Banjir di Mexico Akibat Taufan Pamela

Pada 13 Oktober 2021, Taufan Pamela membadai persisiran pantai Mexico. Ribut Kategori 1 ini menyebabkan angin kencang, hujan lebat, dan banjir terutamanya di kawasan Durango, Nayarit, dan Sinaloa.

Kesan terhadap Saudara Saudari

  • Tiada saudara saudari yang cedera

  • 112 penyiar terpaksa meninggalkan rumah mereka

  • 75 buah rumah mengalami kerosakan kecil

  • 1 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan kecil

Bantuan yang Dihulurkan

  • Para saudara melaporkan bahawa peringatan daripada organisasi tentang bencana alam telah membantu mereka bersedia untuk taufan yang telah melanda

  • Mereka yang harus berpindah kini tinggal bersama saudara-mara atau rakan seiman

  • Bekalan makanan disediakan untuk 20 penyiar

  • Penatua tempatan berusaha melegakan hati mangsa bencana

  • Aturan bantuan dilakukan sesuai dengan SOP untuk COVID-19

Aturan bantuan yang segera dihulurkan mencerminkan kasih Yehuwa terhadap saudara saudari kita yang sedang menderita. Sememangnya, Yehuwalah “tempat perlindungan [kita].”—Mazmur 59:16.