Lompat ke kandungan

23 JUN 2021
MEXICO

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Chol

Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Chol

Pada 20 Jun 2021, Saudara Robert Batko, ahli Jawatankuasa Cawangan Amerika Tengah, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Chol. Dalam sebuah rakaman program, Bible ini dikeluarkan dalam bentuk elektronik dan disiarkan kepada kira-kira 800 penonton.

Maklumat Menarik

  • Bahasa Chol ialah bahasa peribumi yang kebanyakannya dituturkan di negeri Chiapas, tenggara Mexico

  • Sekitar 200,000 orang berbahasa Chol

  • Lebih daripada 500 penyiar berkhidmat di 22 sidang dan 2 kumpulan bahasa Chol

  • 3 penterjemah telah bekerja selama 27 bulan untuk menghabiskan projek ini

Seorang saudara yang membantu dalam projek terjemahan ini berkata, “Terjemahan ini menggunakan kata-kata yang biasa kami gunakan dalam kehidupan seharian. Saya menikmati pembacaan setiap bab.”

Seorang lagi saudara berkata, “Saya boleh baca Bible dalam bahasa Sepanyol. Tapi, semasa saya baca Bible dalam bahasa Chol, iaitu bahasa ibunda saya, hati saya tersentuh. Saya berasa seperti sedang menikmati hidangan di rumah.”

Kita percaya bahawa Bible ini akan membantu saudara saudari yang berbahasa Chol untuk mencari “harta terpendam” dalam Bible, iaitu Firman Tuhan.—Amsal 2:4, 5.