10 JUN 2022
MEXICO
Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Nahuatl (Puebla Utara)
Pada 5 Jun 2022, Saudara Edward Bunn, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Amerika Tengah, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu bahasa Nahuatl (Puebla Utara) dalam bentuk digital dan bercetak. Rakaman program itu telah disiarkan kepada lebih daripada 1,500 orang penonton.
Kebanyakan penutur bahasa Nahuatl (Puebla Utara) tinggal di Puebla dan Veracruz di Mexico. Sidang bahasa Nahuatl (Puebla Utara) yang pertama ditubuhkan pada tahun 2002. Sebelum ini, para penyiar menggunakan Bible bahasa Nahuatl (Puebla Utara) yang menggantikan nama Yehuwa dengan gelaran seperti Tuan dan Tuhan.
Dalam ceramahnya, Saudara Bunn berkata, “Kami menggalakkan anda untuk baca terjemahan ini sekarang juga. Yakinlah bahawa terjemahan ini menyampaikan perkhabaran Tuhan dengan tepat dalam bahasa anda.”
Kita yakin terjemahan ini akan menguatkan saudara saudari yang menuturkan bahasa Nahuatl (Puebla Utara) dan membantu mereka untuk menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan.—Markus 13:10.