2 MAC 2022
MEXICO
Pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Tlapanec
Pada 27 Februari 2022, Saudara Carlos Cázares, ahli Jawatankuasa Cawangan Amerika Tengah, mengumumkan pengeluaran edisi digital Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Tlapanec. Salinan bercetak pula akan tersedia kemudian pada tahun ini. Kira-kira 820 hadirin menonton video rakaman program itu.
Projek terjemahan ini bermula pada Julai 2020, semasa pandemik COVID-19. Seorang penterjemah kata, “Walaupun kami hadapi beberapa cabaran, memang menakjubkan kami dapat selesaikan projek ini dalam setahun setengah. Yehuwalah yang mempercepat kerja ini.”
Edisi baharu ini mengandungi ungkapan yang jelas bagi pembaca moden. Salah satu contoh terdapat di Matius 5:3. Terjemahan-terjemahan lain berbunyi, “Berbahagialah orang yang tahu mereka tidak dapat buat apa-apa melainkan roh suci bantu mereka,” atau “Berbahagialah orang yang lemah semangat.” Sebaliknya, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu berbunyi, “Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka perlu mencari Tuhan.”
Terjemahan baharu ini akan bantu penyiar untuk menginjil dengan lebih berkesan. Dalam ceramahnya, Saudara Cázares menjelaskan, “Tuhan Yang Maha Kuasa ingin orang dengar berita baik dalam bahasa mereka sendiri, bahasa yang mereka cakap setiap hari, dan bukannya bahasa yang mereka susah faham.”
Kita turut bersukacita dengan saudara saudari yang berbahasa Tlapanec atas pengeluaran terkini ini, seraya kita “berganding bahu” berkhidmat kepada Yehuwa bersama mereka.—Zefanya 3:9.