Lompat ke kandungan

Kenderaan yang terbakar akibat keganasan di Culiacán

8 NOVEMBER 2019
MEXICO

Seorang Saksi-Saksi Yehuwa Terbunuh dalam Penembakan di Culiacán, Mexico

Seorang Saksi-Saksi Yehuwa Terbunuh dalam Penembakan di Culiacán, Mexico

Pada 17 Oktober 2019, pegawai polis dan pasukan keselamatan Mexico saling berbalas tembakan dengan kartel atau kumpulan pengeluar dadah yang dilengkapi senjata di Culiacán, Sinaloa, Mexico, sebuah bandar yang mempunyai hampir satu juta penduduk. Mereka saling menembak selama berjam-jam. Pada masa itu, jalan-jalan utama ditutup, banyak kereta dibakar, dan banduan melarikan diri dari penjara yang berdekatan. Pihak polis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 14 orang yang terbunuh. Sedih sekali, pejabat cawangan Amerika Tengah melaporkan bahawa salah seorang yang terkorban ialah saudara kita, Noé Beltrán.

Noé Beltrán dan dua orang anaknya

Saudara Beltrán ialah seorang bapa yang berumur 39 tahun dan mempunyai tiga orang anak. Dia terkena tembakan semasa sedang bekerja. Saudara saudari tempatan dan penyelia litar sedang memberikan galakan dan sokongan rohani kepada isterinya, Rocío dan tiga orang anak mereka.

Di Culiacán, terdapat 80 sidang yang mempunyai lebih daripada 7,000 orang penyiar. Disebabkan kejadian itu, sesetengah sidang terpaksa mengubah masa perjumpaan pertengahan minggu dan aturan bagi perjumpaan sebelum aktiviti penyebaran buat sementara waktu. Sesetengah saudara saudari mengikuti perjumpaan pertengahan minggu di rumah sendiri menerusi sambungan Internet. Para penyelia litar mengambil pimpinan untuk mengunjungi dan menyokong saudara saudari yang terpengaruh dengan kejadian yang ganas dan tidak dijangkakan itu.

Kami berdukacita atas kematian Saudara Beltrán. Kami berdoa agar Yehuwa terus menyokong Saudari Beltrán dan anak-anak mereka. Kami menantikan saatnya apabila bumi dipenuhi dengan kedamaian dan semua kesedihan digantikan dengan kegembiraan.—Markus 5:42.