17 OGOS 2020
MEXICO
Taufan Hanna Melanda Mexico
Lokasi
Tamaulipas dan Nuevo León, Mexico
Bencana
Taufan Hanna telah mereda dan menjadi ribut tropika lalu melanda timur laut Mexico pada 26 Julai 2020. Ribut tropika ini menyebabkan banjir yang teruk
Kesan terhadap saudara saudari
Di kawasan Nuevo León, 14 buah keluarga terpaksa berpindah sebelum ribut melanda
Di bandar Reynosa, Tamaulipas, 100 orang penyiar harus berpindah
Kerosakan rumah dan harta
21 buah rumah di Nuevo León mengalami kerosakan
117 buah rumah di Tamaulipas mengalami kerosakan
Bantuan yang dihulurkan
Pejabat cawangan Amerika Tengah telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan Bencana
Para penyelia litar dan penatua di kawasan yang terjejas membuat aturan untuk membersih dan membasmi kuman di rumah-rumah yang dilanda banjir
Di Nuevo León, kebanyakan saudara saudari telah pulang ke rumah masing-masing
Di Tamaulipas, sidang-sidang di situ menyediakan makanan dan pakaian bagi mangsa bencana
Kita bersyukur kepada Yehuwa kerana tiada saudara saudari yang tercedera akibat bencana ini. Aturan untuk membantu mangsa bencana menunjukkan bahawa Bapa kita yang di syurga dan umat-Nya ‘selalu bersedia menolong pada masa kesusahan.’—Mazmur 46:1.