Lompat ke kandungan

18 OGOS 2023
MOZAMBIQUE

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Phimbi

Buku Matius Dikeluarkan dalam Bahasa Phimbi

Pada 13 Ogos 2023, Saudara Charles Fonseca, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, telah mengumumkan pengeluaran Bible—Berita Baik Menurut Matius dalam bahasa Phimbi. Ini ialah buku Bible pertama yang diterbitkan dalam bahasa Phimbi. Pengeluaran ini dibuat semasa Konvensyen Serantau 2023 “Teruslah Bersabar!” yang diadakan di pekan Fingoe. Seramai 3,055 hadirin di sana telah menerima salinan Bible yang bercetak. Edisi digital juga disediakan dan dapat dimuat turun.

Bahasa Phimbi biasa dituturkan di bahagian barat wilayah Tete, Mozambique. Kawasan ini juga berdekatan sempadan Zambia. Penutur bahasa Phimbi dianggarkan berjumlah lebih daripada 100,000 orang. Terdapat 897 penyiar yang berkhidmat di 20 sidang dan 2 kumpulan bahasa Phimbi di Mozambique. Salah seorang wakil cawangan Mozambique berkata, “Kami amat bersukacita kerana saudara saudari kita yang menggunakan bahasa Phimbi ada buku Matius dalam bahasa mereka.”

Kita turut bergembira bersama rakan seiman kita yang menuturkan bahasa Phimbi. Hadiah istimewa ini pasti meyakinkan saudara saudari kita dan “orang yang rendah hati” tentang harapan masa depan yang dijanjikan Yesus.—Matius 5:5, nota kaki.