18 OGOS 2020
MOZAMBIQUE
Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Changana dan Macua
Pada 15-16 Ogos 2020, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bentuk elektronik dalam bahasa Changana dan Macua di Mozambique. Lebih daripada 8,000 orang penyiar menggunakan bahasa Changana dan lebih daripada 1,700 menggunakan bahasa Macua.
Saudara David Amorim, ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, telah mengumumkan pengeluaran Bible-Bible ini melalui program yang sudah dirakamkan. Acara ini disiarkan melalui Internet (streaming), satu stesen TV, dan lebih daripada 30 stesen radio.
Bahasa Changana banyak digunakan di dua daerah di selatan Mozambique. Sekitar 1.9 juta orang menuturkan bahasa itu. Bahasa Changana juga ada persamaan dengan bahasa Tsonga yang digunakan di Afrika Selatan.
Kebanyakan orang yang menuturkan bahasa Macua tinggal di utara Mozambique. Bahasa ini dituturkan oleh kira-kira 5.8 juta orang dan merupakan bahasa peribumi di Mozambique yang paling besar.
Selama bertahun-tahun, para penyiar yang menuturkan bahasa-bahasa itu susah mendapatkan Bible. Ada yang terlalu mahal, dan ada pula kedai yang tidak mahu menjualnya kepada para Saksi. Seorang penterjemah berkata, “Saya pernah nampak satu sidang hanya ada satu Bible yang disimpan di Dewan Perjumpaan. Bible itu digunakan oleh penceramah dan saudara saudari yang ada tugasan.”
Kita sangat bersukacita kerana saudara saudari kita menerima Kitab Yunani Kristian dalam bahasa Changana dan Macua. Kita yakin bahawa Bible-Bible ini dapat membantu orang untuk “memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.”—1 Timotius 2:3, 4.