Lompat ke kandungan

4 MEI 2023
MOZAMBIQUE

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Gitonga

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Gitonga

Pada 30 April 2023, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Gitonga. Satu perjumpaan istimewa telah diadakan di Maxixe, Wilayah Inhambane, Mozambique sempena pengeluaran Bible ini. Saudara Wayne Wridgway, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, telah mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian bahasa Gitonga kepada hadirin yang berjumlah 920 orang. Para hadirin telah menerima salinan Bible masing-masing. Bible dalam bentuk digital juga tersedia untuk dimuat turun.

Bahasa Gitonga berasal dari Wilayah Inhambane di Mozambique. Penduduk di kawasan ini dikenali kerana keramahan dan kemurahan hati mereka. Bahasa Gitonga ialah bahasa ibunda bagi kira-kira 327,000 orang yang tinggal di sekitar kawasan wilayah ini seperti Homoíne, Jangamo, Maxixe, dan Morrumbene.

Pejabat penterjemahan bahasa Gitonga di Maxixe, Wilayah Inhambane, Mozambique

Sebelum ini, para penyiar menggunakan terjemahan Bible lain dalam bahasa Gitonga yang susah untuk difahami. Dengan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu, saudara saudari dapat memahami mesej Bible dengan jelas. Seorang penterjemah kata, “Seorang bapa yang pengasih akan menggunakan kata-kata yang mudah difahami semasa bercakap dengan anak-anaknya. Begitu juga, mereka yang menuturkan bahasa Gitonga dapat memahami kata-kata Bapa kita yang pengasih, Yehuwa, melalui terjemahan Bible baharu ini.”

Semasa pengeluaran Bible ini, Saudara Wridgway kata, “Jika kita ingin pupuk persahabatan yang erat dengan Tuhan, kita bukan sahaja perlu bercakap dengan-Nya melalui doa setiap hari, tapi kita juga perlu mendengar kata-kata-Nya setiap hari melalui Firman-Nya, Bible. Kami menggalakkan anda untuk mula membaca Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu secepat mungkin dan memupuk tabiat membaca Bible setiap hari.”

Kita turut bergembira atas pengeluaran baharu ini dan berdoa agar Yehuwa memberkati kerja yang dilakukan dalam kawasan penyebaran bahasa Gitonga.—Roma 12:15.