Lompat ke kandungan

9 MAC 2023
MOZAMBIQUE

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Ronga

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Ronga

Pada 5 Mac 2023, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Ronga. Satu perjumpaan istimewa telah diadakan di Stadium Kebangsaan Zimpeto di Maputo, Mozambique sempena pengeluaran Bible ini. Saudara Castro Salvado, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, telah mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian bahasa Ronga kepada hadirin yang berjumlah 3,150 orang. Ini ialah program pengeluaran Bible pertama yang diadakan secara bersemuka di Mozambique sejak pandemik COVID-19 melanda. Para hadirin di stadium juga menerima salinan Bible masing-masing.

Sekurang-kurangnya 618,000 orang menggunakan bahasa Ronga dan kebanyakan penuturnya tinggal di kawasan Maputo, Mozambique. Walaupun terdapat beberapa terjemahan Bible lain yang tersedia dalam bahasa Ronga, huruf dan ejaannya agak berbeza dan tidak dapat difahami oleh kebanyakan pembaca.

Mengenai pengeluaran Bible baharu ini, seorang penterjemah kata, “Saya bersyukur kerana mempunyai Bible ini! Saya juga tahu saudara saudari akan rasa sangat gembira kerana Bible ini senang difahami. Kata-katanya mencapai hati kami. Sekarang, kami boleh dengar firman Yehuwa dengan jelas sekali.”

Kita turut bergembira atas pengeluaran baharu ini dan berdoa agar Yehuwa memberkati kerja yang dilakukan dalam kawasan penyebaran bahasa Ronga.—Roma 12:15.