Lompat ke kandungan

Ribut Chalane melanda persisiran pantai Mozambique

13 JANUARI 2021
MOZAMBIQUE

Ribut Tropika Chalane Melanda Mozambique

Ribut Tropika Chalane Melanda Mozambique

Lokasi

Wilayah Sofala dan Manica di bahagian tengah Mozambique, termasuk kawasan yang dilanda Siklon Idai pada Mac 2019

Bencana

  • Ribut Tropika Chalane membadai persisiran pantai Mozambique pada 30 Disember 2020. Ribut itu menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan banyak harta benda di kawasan yang luas

Kesan terhadap saudara saudari

  • Tiga penyiar mengalami kecederaan ringan

Kerosakan rumah dan harta

  • 34 rumah mengalami sedikit kerosakan

  • 12 rumah mengalami kerosakan yang teruk

  • 16 rumah musnah

  • 7 Dewan Perjumpaan mengalami sedikit kerosakan

  • 4 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan yang teruk

  • 1 Dewan Perjumpaan musnah

Bantuan yang dihulurkan

  • Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah dilantik untuk menyelia bantuan kemanusiaan di kawasan itu, termasuk menyediakan tempat tinggal sementara bagi para penyiar yang terjejas kerana rumah mereka musnah. Semua yang menghulurkan bantuan telah mematuhi langkah-langkah keselamatan berkenaan COVID-19

Kita berdoa semoga Yehuwa terus menolong saudara saudari kita yang terkesan oleh ribut ini.—Mazmur 121:2.