Lompat ke kandungan

28 MEI 2019
MOZAMBIQUE

Siklon Kenneth Menyerang Bahagian Utara Mozambique

Siklon Kenneth Menyerang Bahagian Utara Mozambique

Pada 25 April 2019, bahagian utara Mozambique dilanda Siklon Kenneth yang merupakan siklon kedua selepas negara itu ditimpa Siklon Idai yang mengakibatkan kemusnahan besar pada bulan Mac. Siklon Kenneth menyebabkan banjir teruk dan tanah runtuh yang memusnahkan rumah, menghanyutkan jalan raya, serta merosakkan lagi infrastruktur yang tidak stabil di kawasan itu.

Kira-kira 300 orang penyiar yang tinggal di wilayah Cabo Delgado tidak tercedera atau terkorban dalam ribut itu. Namun, 9 buah rumah saudara saudari musnah dan 16 buah lagi mengalami kerosakan. Selain itu, sebuah Dewan Perjumpaan telah musnah dan tiga buah lagi mengalami kerosakan. Penyelia litar di kawasan itu, seorang wakil Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan, dan dua orang saudara dari pejabat penterjemahan, telah melawat semua sidang yang terlibat untuk memberikan galakan.

Kami berdoa untuk saudara saudari di sana seraya mereka terus bersandar kepada Yehuwa yang memberi kekuatan dan bantuan “pada masa kesusahan.”—Mazmur 46:1.