Lompat ke kandungan

6 OKTOBER 2022
MOZAMBIQUE

Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Sena

Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Sena

Pada 2 Oktober 2022, Saudara David Amorim, ahli Jawatankuasa Cawangan Mozambique, mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Sena. a Rakaman program yang mengumumkan pengeluaran itu ditonton oleh ramai penyiar di Dewan Perjumpaan masing-masing. Program itu juga disiarkan oleh sebuah stesen televisyen kebangsaan dan 14 stesen radio.

Bahasa Sena digunakan di empat wilayah di Mozambique, iaitu Manica, Sofala, Tete, dan Zambezia. Bahasa ini juga ditutur di beberapa bahagian Malawi.

Pejabat penterjemahan Sena terletak di Beira, Mozambique

Ini ialah kali pertama Saksi-Saksi Yehuwa menterjemahkan seluruh Terjemahan Dunia Baharu ke salah satu bahasa peribumi di Mozambique. Sebelum Bible ini dikeluarkan, beberapa bahagian Bible terdapat dalam bahasa Sena. Namun, Bible itu mahal dan menggunakan bahasa kuno yang tidak difahami hari ini.

Kita tumpang bersukacita bersama saudara saudari yang berbahasa Sena untuk berkat yang istimewa ini daripada Yehuwa.—Amsal 10:22.

a Bible itu tersedia dalam bentuk digital dan cetakan.