Lompat ke kandungan

Saudara Sai Asher menyampaikan ceramah Peringatan

21 APRIL 2021
MYANMAR

Sambutan Peringatan 2021—Myanmar

Ceramah Peringatan Disampaikan melalui Telefon biarpun Pergolakan Sivil Berlaku

Sambutan Peringatan 2021—Myanmar

Myanmar mengalami pergolakan sivil sejak February 2021. Beberapa minggu sebelum Peringatan kematian Kristus, konflik bersenjata tercetus di kebanyakan tempat di negara itu. Akibatnya, kebanyakan daripada 5,102 penyiar tidak dapat sambungan Internet. Maka, saudara-saudara mencari cara lain untuk mendengar ceramah Peringatan, iaitu menerusi telefon.

Di sebuah bandar, tepat pada hari Peringatan, kejadian tembak-menembak yang teruk berlaku di jalan raya. Para askar mula menggeledah rumah-rumah untuk mencari mereka yang tunjuk perasaan. Dalam keadaan yang susah itu, saudara saudari mendapat kelegaan hati dari ayat tahunan yang diungkapkan di Yesaya 30:15: “Jika kamu bertenang dan percaya kepada-Ku, kamu akan dikuatkan.” Jadi, pada waktu itu saudara saudari tetap berada di rumah, tidak bercakap dengan kuat, malapkan lampu, dan berjaya menyambut Peringatan tanpa masalah. Walaupun kekacauan berlaku, jumlah hadirin Peringatan di sidang setempat mencatatkan angka tertinggi. Ramai yang dengar melalui sambungan telefon.

Jumlah hadirin Peringatan di Myanmar ialah 11,877 orang. Angka ini merupakan peningkatan hampir 14 peratus berbanding puncak hadirin pada tahun 2019.

Dua saudari guna sambungan Internet untuk menonton ceramah Peringatan dari tablet. Audio dimainkan melalui speaker supaya orang lain dapat dengar menerusi telefon

Kita yakin bahawa Bapa kita di syurga, Tuhan Yehuwa, sangat gembira melihat saudara saudari kita bertekad melakukan aktiviti rohani biarpun menghadapi pergolakan sivil.—Amsal 27:11.