13 NOVEMBER 2020
NIGERIA
Banjir Teruk Melanda Nigeria
Hujan lebat pada bulan September dan Oktober 2020 telah menyebabkan banjir di beberapa negeri di Nigeria. Akibatnya, banyak ladang dan bangunan mengalami kerosakan teruk. Seorang saudara telah terkorban kerana bencana ini. Selain itu, lebih daripada 1,828 orang penyiar terpaksa berpindah dan sekurang-kurangnya 62 buah rumah saudara saudari kita mengalami kerosakan.
Pejabat Cawangan Nigeria telah melantik tujuh Jawatankuasa Bantuan Bencana yang mematuhi garis panduan bagi COVID-19 semasa menghulurkan bantuan. Para penyelia litar dan penatua tempatan bekerjasama membantu saudara saudari secara fizikal dan rohani.
Kita berduka kerana ada yang kehilangan nyawa akibat bencana ini. Namun, kita tahu bahawa Yehuwa, Penyelamat kita, akan terus melegakan dan membantu saudara saudari kita yang menghadapi bencana ini.—Mazmur 68:19.