21 OKTOBER 2022
NIGERIA
“Bencana Besar” Mengakibatkan Kemusnahan Teruk di Nigeria
Nigeria alami banjir terburuk dalam tempoh berpuluh-puluh tahun akibat hujan lebat yang tidak biasa berlaku. Kawasan yang paling terkesan adalah berdekatan dengan pinggir pantai selatan serta sepanjang sungai Niger dan Benue. Banjir tersebut mengakibatkan kerosakan jalan dan jambatan, memaksa lebih daripada sejuta orang meninggalkan rumah, serta meragut nyawa sekurang-kurangnya 600 orang. Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan di Nigeria menggambarkan skala banjir ini sebagai “bencana besar.” Pihak berkuasa meramalkan bahawa krisis kekurangan makanan mungkin berlaku kerana kemusnahan yang meluas.
Kesan terhadap Saudara Saudari
Tiada saudara saudari kita yang terkorban
4,074 penyiar dipindahkan
900 rumah dibanjiri
180 rumah musnah
70 Dewan Perjumpaan dan 1 Dewan Perhimpunan dibanjiri
Bantuan yang Dihulurkan
4 Jawatankuasa Bantuan Bencana dilantik
Para penyiar yang terpaksa berpindah diberi makanan, tempat tinggal sementara, dan keperluan lain
Penatua tempatan menghulurkan bantuan praktikal serta melegakan dan menggalakkan mereka yang terjejas
Semua usaha untuk membantu mangsa dilakukan selaras dengan garis panduan keselamatan COVID-19
Kita bersyukur untuk tahu bahawa meskipun kita hidup pada masa genting, Yehuwa terus memberi umat-Nya ‘tempat naungan pada masa kesusahan,’ baik dari segi fizikal mahupun rohani.—Mazmur 27:5.