Lompat ke kandungan

22 FEBRUARI 2023
NIGERIA

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Pidgin (Afrika Barat) dan Bahasa Urhobo

Kitab Yunani Kristian Dikeluarkan dalam Bahasa Pidgin (Afrika Barat) dan Bahasa Urhobo

Pada 12 Februari 2023, Saudara Jeffrey Winder, seorang ahli Badan Pimpinan, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Pidgin (Afrika Barat) dan bahasa Urhobo. Program ini telah disiarkan ke sidang-sidang dan sejumlah 559,326 orang di Nigeria telah menontonnya. Sejurus selepas pengeluaran itu, Bible dalam bentuk digital tersedia untuk dimuat turun. Bible bercetak pula akan tersedia pada tahun ini.

Sidang bahasa Pidgin (Afrika Barat) yang pertama ditubuhkan pada 2015. Hari ini, terdapat lebih daripada 1,100 sidang bahasa Pidgin (Afrika Barat) di Nigeria dan di negara lain seperti England dan Amerika Syarikat. Sebelum ini, sidang-sidang ini menggunakan Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu bahasa Inggeris. Seorang saudara kata, “Dulu, kami rasa kekok kerana kami menginjil dalam bahasa Pidgin tapi kami baca ayat dalam Bible bahasa Inggeris. Kadangkala, penghuni rumah tidak dapat tangkap isi utama ayat itu. Sekarang, kami dapat menginjil dan baca ayat Bible dalam bahasa Pidgin. Jadi, mesej yang kami sampaikan lebih jelas dan penghuni rumah pun dapat faham.”

Buku kecil pertama yang diterjemahkan ke dalam bahasa Urhobo bertajuk, Living in Hope of a Righteous New World

Sidang bahasa Urhobo yang pertama ditubuhkan pada 1933. Pada 1968, bahan pertama yang diterjemahkan dalam bahasa Urhobo ialah buku kecil yang bertajuk Living in Hope of a Righteous New World. Sejak itu, bilangan sidang bahasa Urhobo telah meningkat sebanyak 103. Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Urhobo mudah difahami dan pasti membawa banyak manfaat kepada sidang-sidang.

Kami harap terjemahan Bible ini dapat membantu lebih ramai orang untuk “dipenuhi dengan pengetahuan yang tepat” tentang Tuhan.—Kolose 1:9.