9 OGOS 2023
NIGERIA
Pusat Pendidikan Teokratik Baharu Dibuka di Nigeria
Baru-baru ini, cawangan Nigeria telah membuka dua pusat pendidikan teokratik. Kebanyakan masanya, bangunan-bangunan tersebut akan digunakan untuk Sekolah Latihan Penginjil (SKE). Pada Februari 2023, pusat pendidikan di Uli, Nigeria, telah mengadakan kelas pertamanya, manakala pusat di Ibadan, Nigeria, telah mengadakan kelas pertamanya pada 2 Jun 2023. Selain itu, Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka juga akan diadakan di dua pusat baharu tersebut.
Pembinaan kedua-dua bangunan ini telah dibuat atas tapak Dewan Perhimpunan yang sedia ada. Kemudahan lain seperti bilik darjah, perpustakaan, dan bilik kediaman untuk para pelajar juga disediakan. Setiap tahun, cawangan Nigeria menerima lebih daripada 500 pemohon untuk SKE. Maka, setiap pusat baharu ini dijangka akan mengadakan empat kelas setiap tahun dalam bahasa Igbo, Inggeris, Pidgin (Afrika Barat), dan Yoruba.
Saudara saudari yang telah menyertai SKE baru-baru ini di Uli telah menulis sepucuk surat penghargaan. Mereka sangat bersyukur dan suka suasana yang tenang dan selesa di pusat baharu ini. Mereka menulis, “Tempat ini sunyi dan sesuai untuk kami buat pembelajaran. Suasananya baik dan tempat tinggal pun selesa. Semua pekhidmat di pusat ini dan para sukarelawan buat kami rasa sangat dikasihi. Mereka telah berjerih lelah untuk menjaga keperluan kami.”
Kita yakin bahawa bangunan baharu ini akan digunakan untuk melengkapi saudara saudari kita di Nigeria agar mereka dapat ‘melaksanakan tugas mereka dengan sepenuhnya.’—2 Timotius 4:5.