Lompat ke kandungan

8 APRIL 2021
NIGERIA

Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan dalam Bahasa Igbo

Saksi-Saksi Yehuwa Mengeluarkan Terjemahan Dunia Baharu yang Dikemaskinikan dalam Bahasa Igbo

Pada 4 April 2021, dalam perjumpaan istimewa yang diadakan secara virtual, Saudara Kenneth Cook, seorang ahli Badan Pimpinan, mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan dalam bahasa Igbo. Para penyiar di lebih daripada 1,140 sidang berbahasa Igbo di Nigeria sangat gembira menerima edisi semakan ini. Sebelum itu, mereka menggunakan Terjemahan Dunia Baharu bahasa Igbo yang dikeluarkan 14 tahun yang lalu.

Edisi ini akan membawa manfaat kepada lebih daripada 50,000 penyiar yang berkhidmat dalam kawasan penyebaran bahasa Igbo. Bible ini juga akan menjadi alat yang berguna untuk menginjil kepada kira-kira 40 juta orang yang bertutur bahasa Igbo.

Salah seorang penterjemah bahasa Igbo menjelaskan, “Terjemahan Dunia Baharu yang dikemaskinikan ini menggunakan bahasa moden dan banyak nota kaki yang akan menyentuh hati para pembaca Igbo tidak kira di mana pun. Nota kaki tersebut tidak hanya mengandungi penjelasan untuk kata-kata Ibrani dan Yunani malahan juga variasi kata-kata Igbo. Ada kalanya, terdapat juga ungkapan yang membantu pembaca yang menggunakan pelbagai dialek Igbo untuk memahami ayat Bible.”

Saudara Archibong Ebiti, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Nigeria, berkata, “Enam penterjemah meluangkan masa empat tahun untuk menyelesaikan edisi Bible yang dikemaskinikan. Meskipun terdapat cabaran dan kesusahan yang tidak terduga akibat pandemik, kami berterima kasih kepada Yehuwa kerana Dia memberi kuasa suci-Nya dengan murah hati kepada semua yang terlibat dalam projek itu.”

Kita yakin bahawa Saksi-Saksi Yehuwa yang menutur bahasa Igbo di serata dunia akan suka membaca kata-kata yang menyenangkan dalam Bible yang dikemaskinikan. Mereka akan lebih mudah mengajar dan “menjelaskan jalan Tuhan” kepada orang lain.—Kisah 18:26.