1 DISEMBER 2020
PAPUA NEW GUINEA
Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Hiri Motu
Saudara Kegawale Biyama, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Papua New Guinea telah mengumumkan pengeluaran Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Hiri Motu. Program ini dirakamkan terlebih dahulu di pejabat cawangan Saksi-Saksi Yehuwa di Port Moresby dan disiarkan melalui Internet pada 28 November 2020. Lebih daripada 7,000 orang menonton program ini.
Papua New Guinea merupakan negara yang mempunyai paling banyak bahasa di dunia, iaitu sebanyak 840 bahasa. Bahasa Hiri Motu ialah salah satu daripada tiga bahasa rasmi di sana. Sekitar 140,000 orang menuturkannya.
Saudara Kukuna Jack, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan berkata, “Orang yang menuturkan bahasa Hiri Motu sudah lama menantikan Bible ini. Kami yakin bahawa mereka akan menikmatinya semasa membaca Terjemahan Dunia Baharu yang mudah difahami.”
Seramai enam orang penterjemah mengambil masa selama 10 tahun untuk menyiapkan projek ini. Seorang penterjemah berkata, “Pembaca akan bersukacita melihat nama Tuhan dalam Bible ini dari Kejadian hingga Wahyu. Kami bersyukur kepada Yehuwa atas kurniaan ini!”
Semasa kita berfikir tentang kerja yang dilakukan untuk menghasilkan Bible ini, kita juga akan berasa seperti Nabi Yesaya yang menyatakan, “Ya Yehuwa, Engkau akan mengurniai kami kedamaian. Segala pencapaian kami merupakan hasil perbuatan-Mu.”—Yesaya 26:12.