Lompat ke kandungan

25 APRIL 2024
PARAGUAY

Firman Tuhan Ditonjolkan semasa Pesta Buku Kebangsaan di Paraguay

Firman Tuhan Ditonjolkan semasa Pesta Buku Kebangsaan di Paraguay

Dari 28 Februari hingga 10 Mac 2024, satu pesta buku kebangsaan yang dikenali sebagai Libroferia Capel telah diadakan di Asunción, Paraguay. Kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai lapisan umur dianggarkan mengunjungi acara ini setiap tahun. Maka, aturan telah dibuat untuk para Saksi menyertai acara ini dan meletakkan pameran yang menonjolkan Firman Tuhan dan bahan bacaan Bible yang tersedia di jw.org. Lebih daripada 160 saudara saudari telah merelakan diri untuk bertugas di pameran ini secara bergilir-gilir. Bahan terbitan bercetak dan elektronik telah dipaparkan dalam bahasa Guarani, Sepanyol, dan Bahasa Isyarat Paraguay.

Seorang lelaki telah menghampiri pameran para Saksi setelah melihat poster yang menawarkan kursus pembelajaran Bible yang percuma. Saudara kita pun menjelaskan kepadanya cara kursus itu diadakan dan menunjukkan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Lelaki itu melihat topik-topik yang dibincangkan dalam kursus pembelajaran Bible, lalu berkata, “Saya baru tahu yang Bible ada jawapan kepada semua soalan ini!” Lelaki itu juga rasa teruja kerana dia belajar bahawa nama Tuhan ialah Yehuwa. Aturan dibuat untuk menghubunginya pada masa lain dan mengadakan pembelajaran Bible dengannya.

Seorang lagi lelaki telah bercakap dengan saudari kita yang bertugas di pameran itu. Dia kata dia amat gembira melihat bahan terbitan Saksi dalam bahasa Guarani, Guaraní (Mbyá), dan Nivaclé di laman web kita. Dia memuji usaha Saksi-Saksi Yehuwa untuk menterjemahkan bahan bacaan Bible ke dalam banyak bahasa peribumi.

Beberapa Saksi yang menyertai aturan penyebaran yang istimewa ini

Saudara Daniele Sarcone, yang membantu mengaturkan acara ini, berkata, “Kami sungguh gembira kerana dapat bercakap dengan banyak orang yang berminat untuk tahu lebih banyak tentang Bible.” Hasilnya, sekurang-kurangnya terdapat 13 orang yang telah memohon maklumat tentang kursus perbincangan Bible kita.

Kita bersukacita untuk tahu bahawa ramai orang di Paraguay dapat mendengar mesej Bible dan kebenaran tentang Yehuwa. Sudah pasti masih ada ramai lagi yang memerlukan air kebenaran ini.—Mazmur 119:160.