8 OGOS 2019
PERANCIS
Paris, Perancis—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
Tarikh: 2-4 Ogos 2019
Lokasi: Parc des Expositions de Paris-Nord Villepinte di Paris, Perancis
Bahasa: Inggeris, Jerman, Perancis, Romania, Rusia, Sepanyol
Bilangan Tertinggi Hadirin: 37,809
Jumlah Orang yang Dibaptis: 265
Bilangan Wakil dari Negara Lain: 5,500
Cawangan yang Dijemput: Amerika Syarikat, Britain, Chile, Côte dʹIvoire, Ecuador, Eropah Tengah, Greece, Kanada, Kazakhstan, Moldova, New Caledonia, Tahiti, Zambia
Pengalaman Tempatan: Seorang pengurus tempat konvensyen nampak kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh begitu banyak kenderaan. Dia berkata, “Kamu semua tidak rasa marahkah? Semasa konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa, tiada sesiapa pun yang menekan hon kenderaan, tiada sesiapa pun yang bertindak dengan ganas, tiada sesiapa pun yang nampaknya panas baran, dan tiada sesiapa pun yang memotong barisan.”
Seorang pekerja di hotel penginapan wakil-wakil konvensyen berkata, “Saya pernah lihat banyak kumpulan yang datang, tapi organisasi kamu yang paling baik. Semua orang nampak gembira dan suasana sangat meriah!”
Saudara saudari tempatan mengalu-alukan kedatangan para wakil ke Paris di lapangan terbang
Saudara saudari ikut serta dalam kesaksian awam; di latar belakang ialah Menara Eiffel yang terkenal
Saudara saudari bergaul di luar tempat konvensyen
Sepasang suami isteri dibaptis pada hari Sabtu
Para wakil yang memakai pakaian tradisional Tahiti mendengar program konvensyen
Saudara Anthony Morris, seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah penutupan pada hari Sabtu
Wajah pekhidmat khas sepenuh masa dipaparkan di skrin semasa mereka melambaikan tangan kepada hadirin pada penghujung program hari Ahad
Seorang saudara menunjukkan cara membuat pastri Perancis semasa acara terbuka di Bethel