27 JUN 2022
POLAND
Pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat Poland
Pada 19 Jun 2022, Saudara Przemysław Bobów, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Poland, mengumumkan pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat Poland. Kira-kira 1,000 orang telah menonton rakaman program itu.
Inilah kali pertama Kitab Yunani Kristian diterjemahkan ke dalam Bahasa Isyarat Poland. Terjemahan ini kini boleh didapati di jw.org dan aplikasi JW Library Sign Language.
“Kami sangat gembira kerana sekarang, orang yang pekak dapat menikmati kisah Bible yang menarik dan penuh dengan emosi. Ini akan bantu mereka mengikut teladan Yesus dengan lebih teliti dan lebih menghampiri Yehuwa, Bapa kita yang pengasih,” kata Saudara Bobów.
Saksi-Saksi Yehuwa telah menerbitkan bahan dalam Bahasa Isyarat Poland sejak tahun 2004, bermula dengan brosur Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Dua sidang bahasa isyarat yang pertama di Poland ditubuhkan pada tahun 2006. Kini, terdapat 13 sidang dan 22 kumpulan serta prakumpulan bahasa isyarat di Poland.
Kita yakin pengeluaran Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu dalam Bahasa Isyarat Poland adalah selaras dengan kehendak Yehuwa agar “segala macam orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.”—1 Timotius 2:4.