Lompat ke kandungan

15 OGOS 2019
POLAND

Warsaw, Poland—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!

Warsaw, Poland—Konvensyen Antarabangsa 2019 “Kasih Itu Abadi”!
  • Tarikh: 9-11 Ogos 2019

  • Lokasi: Stadium Municipal di Legia Warsaw dan Dewan Torwar, Warsaw, Poland

  • Bahasa: Inggeris, Poland

  • Bilangan Tertinggi Hadirin: 32,069

  • Jumlah Orang yang Dibaptis: 190

  • Bilangan Wakil dari Negara Lain: 6,892

  • Cawangan yang Dijemput: Amerika Syarikat, Chile, Ecuador, Eropah Tengah, Finland, Georgia, Hungary, Jepun, Korea, Moldova, Perancis, Romania, Ukraine

  • Pengalaman Tempatan: Encik Kamil Kaźmierkiewicz, pengurus Four Points bagi Sheraton Warsaw Mokotów (salah sebuah hotel yang wakil konvensyen tinggal), menulis berikut: “Memang sangat mudah bekerja dengan anda semua. Saya harap boleh dapat lebih ramai tetamu hotel seperti anda yang begitu baik hati dan bersikap positif. Saya dapat lihat anda memang saling mengasihi dan amat bersatu padu. . . . Saya sangat kagum dengan persiapan yang begitu sempurna dan teratur bagi acara ini.”

    Encik Kamil Lubański, pemilik KL Team, syarikat yang diberi kontrak untuk menyediakan pengangkutan bas juga berkata, “Sejak saya mula bekerja dengan Saksi-Saksi Yehuwa, saya dapat rasai kita pasti akan seronok bekerja bersama. Mereka teratur dan bersikap profesional. Acara besar-besaran ini dirancang dan diatur dengan baik sekali. Syarikat kami pernah bekerjasama dengan pelanggan yang terkenal, termasuk pihak kerajaan, dan mengatur banyak acara di seluruh negara dan negara Eropah yang lain. Tetapi, memang jarang untuk menemui pelanggan yang membuat persiapan dengan begitu rapi dan teratur. Kesimpulannya, para pemandu kami dan pekerja lain hanya bercakap positif tentang pengalaman mereka bekerjasama dengan Saksi-Saksi Yehuwa. Kami harap pada masa depan kami dapat bekerjasama dengan anda lagi.”

 

Kedatangan para wakil konvensyen dialu-alukan di lapangan terbang

Para hadirin memasuki tempat konvensyen pada Jumaat pagi

Pandangan atas salah satu tempat konvensyen di Stadium Municipal, Legia Warsaw

Saudara Gerrit Lösch, seorang ahli Badan Pimpinan, menyampaikan ceramah penutupan pada hari Jumaat

Tiga orang sedang dibaptis pada hari Sabtu

Saudara saudari mendengar dengan teliti program konvensyen

Para wakil konvensyen memakai pakaian tradisional dan sedang bergambar di luar stadium

Pada hari Ahad, para pekhidmat khas di padang tempat konvensyen menyanyikan lagu penutupan bersama dengan hadirin

Sekumpulan saudari muda bernyanyi untuk para wakil konvensyen semasa pertemuan sebelah petang

Saudara saudari mengadakan pertunjukan tarian tradisional Poland semasa pertemuan sebelah petang