Lompat ke kandungan

1 FEBRUARI 2021
POLINESIA PERANCIS

Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Tahiti

Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Tahiti

Pada 30 Januari 2021, Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dalam bentuk elektronik dikeluarkan dalam bahasa Tahiti. Sebuah program istimewa telah dirakamkan terlebih dahulu dan disiarkan kepada semua sidang di Polinesia Perancis. Saudara Luc Granger, seorang ahli Jawatankuasa Cawangan Tahiti, telah mengumumkan pengeluaran Bible tersebut.

Bahasa Tahiti ialah bahasa ibunda kebanyakan penduduk di Polinesia Perancis. Lebih daripada 1,100 penyiar yang berkhidmat di situ akan meraih manfaat daripada terjemahan ini.

Dua kumpulan penterjemah bekerja selama lapan tahun untuk menyelesaikan terjemahan tersebut. Salah seorang penterjemah berkata, “Bible yang sering digunakan dalam kawasan kami dihasilkan sebelum tahun 1900. Kosa kata yang digunakan sangat susah difahami. Terjemahan Dunia Baharu pula mudah difahami oleh sesiapa yang menutur bahasa itu, termasuk muda-mudi. Bible ini jelas, tepat, dan tidak kedengaran pelik.”

Kita bersyukur kepada Yehuwa kerana memastikan Firman-Nya tersebar luas sampai ke hujung bumi. Kita menantikan saatnya untuk melihat bagaimana terjemahan ini akan menyentuh hati mereka yang mendahagakan kebenaran.—Yesaya 42:12.