15 JANUARI 2020
PUERTO RICO
Gempa Bumi yang Dahsyat Melanda Puerto Rico
Pada 7 Januari 2020, gempa bumi yang berukuran 6.4 magnitud telah menggegarkan Puerto Rico. Peristiwa itu diikuti oleh ratusan gempa bumi yang kecil. Pada sebelah pagi 11 Januari, gempa bumi yang berukuran 5.9 magnitud telah melanda pulau tersebut.
Bekalan elektrik di kawasan tersebut masih terputus dan mangsa perlu tinggal di luar rumah mereka kerana keadaan rumah yang tidak selamat. Pejabat cawangan Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa tiada saudara saudari yang tercedera atau terkorban. Namun, sebanyak 248 saudara saudari dipindahkan dari rumah mereka. Tambahan lagi, 8 buah rumah penyiar telah musnah dan 70 buah rumah yang lain mengalami kerosakan. Sepuluh buah Dewan Perjumpaan juga rosak akibat gempa bumi. Jawatankuasa Bantuan Bencana dan para penyelia litar tempatan sedang mengatur bantuan dan memberikan kelegaan kepada para penyiar yang menjadi mangsa bencana.
Saudara saudari kita terus menjalankan kegiatan rohani mereka meskipun dalam keadaan yang mencabar. Saudara Robert Hendriks, yang menyelia Bahagian Maklumat Umum di pejabat cawangan Amerika Syarikat, berkata, “Bencana seperti ini jarang berlaku di Puerto Rico, jadi kejadian ini telah menyebabkan banyak saudara saudari berasa khuatir. Namun, kami sangat digalakkan kerana melihat mereka tidak menjadi tawar hati. Walaupun mereka tiada bekalan elektrik atau air, mereka berusaha sedaya upaya untuk menghadiri perjumpaan dan mengikut aktiviti penyebaran. Para penatua sedang bergiat untuk menggembala, menggalakkan, dan memberikan sokongan kepada semua saudara saudari.”
Kita amat digalakkan melihat saudara saudari yang tetap mengutamakan hal-hal rohani meskipun menghadapi bencana alam tersebut. Kita berdoa agar Yehuwa terus memberikan ketenangan minda kepada mereka.—Mazmur 119:165.