20 FEBRUARI 2019
PUERTO RICO
Kerja Membantu Mangsa Bencana di Puerto Rico Akhirnya Selesai
Pada bulan September 2018, iaitu setahun selepas Taufan Irma dan Taufan Maria melanda, Saksi-Saksi Yehuwa akhirnya menyelesaikan kerja membantu mangsa bencana di Puerto Rico. Projek yang besar ini disokong oleh ribuan sukarelawan yang datang dari pelbagai kawasan di bawah jagaan pejabat cawangan Amerika Syarikat.
Jawatankuasa Bantuan Bencana yang dibentuk oleh pejabat cawangan Amerika Syarikat telah mengaturkan 10,000 orang penyiar tempatan dari Puerto Rico untuk menyokong kerja ini. Selain itu, terdapat 8,000 orang saudara saudari lain yang datang untuk membantu. Ada dalam kalangan mereka datang dari tempat yang jauh seperti Alaska, Kepulauan Bahamas, dan Hawaii.
Sepanjang waktu ini, terdapat 106 buah Dewan Perjumpaan dan 2 buah Dewan Perhimpunan yang dibaiki. Selain itu, terdapat 783 buah rumah saudara saudari yang dibaiki dan 73 buah rumah yang dibina semula. Saudara saudari lain mendapat bantuan kerajaan atau bantuan daripada insurans mereka.
Saudara Lorne Kowert, yang berkhidmat di Bahagian Bantuan Bencana di pejabat cawangan Amerika Syarikat, berkata, “Sekarang projek ini sudah tamat. Tetapi kenangan manis tentang projek ini akan terus menguatkan saudara saudari yang menjadi mangsa bencana dan juga para sukarelawan yang telah memberikan bantuan.”
Seperti saudara saudari di Puerto Rico, kita amat bersyukur kepada Yehuwa kerana Dia telah menunjukkan kasih-Nya yang agung melalui persaudaraan sedunia kita.—1 Petrus 5:7.