Lompat ke kandungan

3 JUN 2021
REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO

Di Congo, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Alur

Di Congo, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu Dikeluarkan dalam Bahasa Alur

Pada 30 Mei 2021, Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baharu telah dikeluarkan dalam bahasa Alur. Dalam sebuah rakaman program, Saudara Hugues Kabitshwa, ahli Jawatankuasa Cawangan Congo (Kinshasa), mengumumkan pengeluaran Bible ini dalam bentuk digital.

Maklumat Menarik

  • Bahasa Alur digunakan di Afrika Tengah, terutamanya di timur laut Republik Demokratik Congo dan negara jirannya Uganda

  • Terdapat kira-kira 1,735,000 orang yang berbahasa Alur

  • Lebih daripada 1,500 penyiar berkhidmat di 48 sidang atau kumpulan bahasa Alur

  • Projek ini diselesaikan oleh 6 penterjemah dalam masa 12 bulan

Saudara Christian Belotti, ahli Jawatankuasa Cawangan Congo (Kinshasa) menjelaskan, “Penyiar yang menuturkan bahasa Alur akan sangat suka membaca Bible ini. Mereka akan dapat menjelaskan ayat-ayat dengan lebih mudah dan membantu orang mencintai Firman Tuhan dengan sepenuh hati.”—Lukas 24:32.

Kita yakin bahawa pengeluaran Bible tersebut pasti menolong saudara saudari kita untuk terus mengisytiharkan “berita baik yang kekal.”—Wahyu 14:6.