11 OKTOBER 2024
RUSIA
Arsen Avanesov Dibebaskan dari Penjara Rusia
Pada 9 Oktober 2024, Saudara Arsen Avanesov telah dibebaskan dari penjara. Dia disabitkan dan dihukum penjara selama enam tahun setengah pada 29 Julai 2021. Kemudian, semasa dia membuat rayuan, hakim telah menambahkan jangka masa hukumannya kepada tujuh tahun. Memandangkan dia ditahan selama lebih daripada dua tahun sebelum dia disabitkan, dia telah memenuhi tempoh hukumannya dan boleh dibebaskan.
Bapa Arsen, iaitu Saudara Vilen Avanesov, juga disabitkan dalam kes jenayah yang sama. Dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dibebaskan pada 9 Februari 2024.
Arsen bertekad untuk tetap setia dan inilah yang telah membantunya semasa dipenjarakan. Dalam hujah terakhirnya di mahkamah, dia berkata, “Saya telah berjanji untuk tetap setia kepada Yehuwa. Saya sudah membaktikan diri dan menyerahkan hidupku kepada-Nya, dan ikrar ini tulus dari hatiku. Saya tidak mahu, tidak dapat, dan tidak akan memungkiri ikrar ini.” Arsen juga meluahkan bahawa iman yang teguh kepada Tuhan tidak dapat dihancurkan. Dia kata, “Iman saya tidak tergoyah, sebaliknya telah menjadi lebih kuat.”
Kita amat gembira Arsen kini bersatu semula dengan keluarganya. Pada masa yang sama, kita terus berdoa dengan tekun untuk rakan seiman lain yang dipenjarakan. Walaupun kita harus “menanggung berbagai-bagai cubaan,” kita dilegakan kerana mengetahui bahawa iman dan ketabahan kita akan membawa berkat yang melimpah.—1 Petrus 1:6, 7.