26 SEPTEMBER 2022
RUSIA
Atasi Rasa Takut dengan Tetap Kuat Secara Rohani
Mahkamah Bandar Kyzylskiy di Republik Tuva akan mengumumkan keputusan kes Saudara Anatoliy Senin tidak lama lagi. Pihak pendakwa belum mencadangkan hukuman yang ingin dikenakan.
Garis Masa
28 Januari 2021
Ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan sementara selepas rumahnya diserbu
30 Januari 2021
Dibebaskan dari tahanan sementara dan ditahan di rumah
27 Mac 2021
Dibebaskan dari tahanan rumah dan sekatan perjalanan dikenakan
17 Januari 2022
Didakwa mengatur aktiviti Saksi-Saksi Yehuwa
6 April 2022
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Kita boleh dapat kelegaan hati menerusi kata-kata Yesus kepada pengikutnya, “Janganlah susah hati dan janganlah berasa takut.”—Yohanes 14:27.