28 OKTOBER 2021
RUSIA
Bekas Guru yang Berumur 80 Tahun Didakwa kerana Bercakap tentang Bible
TERKINI | Mahkamah Rusia Menolak Rayuan Saudari Yelena Savelyeva
Pada 14 Februari 2022, Mahkamah Wilayah Tomsk menolak rayuan Saudari Yelena Savelyeva. Dia tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Garis Masa
17 November 2021
Mahkamah Bandar Severskiy di Wilayah Tomsk mensabitkan Saudari Yelena Savelyeva dan mengenakan hukuman penjara tertangguh empat tahun. Sebelum ini, pihak pendakwa menuntut agar Saudari Yelena yang berumur 80 tahun membayar denda sebanyak 500,000 ruble (sekitar RM30,000)
22 Julai 2021
Mahkamah mengadakan pembicaraan awal
25 Mac 2021
Pihak pendakwa Rusia membuka kes jenayah terhadap Yelena. Dia dituduh “mencari ahli baharu atau memujuk seseorang untuk melakukan aktiviti organisasi yang ekstremis” di bawah Artikel 282.2 Kanun Jenayah Persekutuan Rusia.
Tuduhan ini adalah berdasarkan testimoni dua orang wanita. Salah seorangnya ialah ejen FSB dan yang seorang lagi bekerja untuk Pengawal Kebangsaan Rusia. Mereka berpura-pura berminat tentang ajaran Bible lalu secara rahsia merakam perbualan mereka dengan Yelena semasa dia mengongsi ajaran Bible kepada mereka. Selepas itu, mereka menghantar maklumat tentang Yelena dan rakan seimannya kepada pihak berkuasa
Profil
Teladan Saudari Yelena mengajar kita untuk tetap teguh walaupun dianiaya. Kita yakin bahawa Yehuwa selalu memperhatikan umat-Nya yang “berjuang dengan sehati sejiwa demi kepercayaan yang berdasarkan berita baik, serta tidak gentar sama sekali akan orang yang menentang” mereka.—Filipi 1:27, 28.