Lompat ke kandungan

Baris atas, kiri ke kanan: Saudara Aleksandr Ketov; Saudara Andrey Kharlamov dan isterinya Larisa; Saudara Aleksandr Kruglyakov

Baris bawah, kiri ke kanan: Saudari Lidiya Nekrasova; Saudara Sergey Ushakhin

10 OGOS 2023
RUSIA

Bertekad untuk Tetap Bersukacita meskipun Dianiaya

Bertekad untuk Tetap Bersukacita meskipun Dianiaya

Mahkamah Bandar Syktyvkarskiy di Republik Komi bakal mengumumkan keputusan kes yang melibatkan Saudara Aleksandr Ketov, Andrey Kharlamov, Aleksandr Kruglyakov, Sergey Ushakhin, dan Saudari Lidiya Nekrasova. Pihak pendakwa raya belum mengemukakan hukuman yang ingin dikenakan.

Profil

Pengalaman-pengalaman ini menunjukkan bahawa Yehuwa memberikan “tenaga yang secukupnya” kepada saudara saudari kita agar mereka dapat bertabah dan tetap setia kepada-Nya.—Yesaya 40:29.

Garis Masa

  1. 2 Mac 2021

    Rumah sekurang-kurangnya 14 keluarga Saksi digeledah di Syktyvkar. Aleksandr Ketov, Andrey Kharlamov, dan Aleksandr Kruglyakov dimasukkan ke pusat tahanan sementara. Lydia Nekrasova dan Sergey Ushakhin dikenakan sekatan perjalanan

  2. 3 Mac 2021

    Aleksandr Ketov dan Andrey Kharlamov dibebaskan dari pusat tahanan sementara dan ditahan di rumah. Aleksandr Kruglyakov dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  3. 27 April 2021

    Andrey Kharlamov tidak lagi ditahan di rumah

  4. 28 April 2021

    Aleksandr Ketov tidak lagi ditahan di rumah, dan Aleksandr Kruglyakov dibebaskan dari pusat tahanan sebelum perbicaraan

  5. 19 April 2022

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  6. 9 Jun 2022

    Hakim menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan penglibatan pihak tertuduh dalam kegiatan ekstremis, dan kes dikembalikan kepada pendakwa raya

  7. 14 Februari 2023

    Perbicaraan kes jenayah disambung semula dengan hakim baharu