Lompat ke kandungan

Hakim-hakim Mahkamah Daerah Oryol yang menyokong keputusan untuk memenjarakan Saudara Dennis Christensen selama enam tahun

11 JUN 2019
RUSIA

Dennis Christensen Akan Membuat Rayuan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

Dennis Christensen Akan Membuat Rayuan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pada 23 Mei 2019, Mahkamah Daerah Oryol menyokong keputusan untuk memenjarakan Saudara Dennis Christensen selama enam tahun. Memandangkan dia telah ditahan selama dua tahun sebelum kesnya dibicarakan, di bawah undang-undang Rusia, dua tahun itu sama seperti tiga tahun pemenjaraan. Pada petang 6 Jun 2019, Saudara Christensen mula menjalani hukuman penjara. Rayuan kes Saudara Christensen akan dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR). Satu lagi rayuan tentang penahanannya sebelum kesnya dibicarakan sedang diproses oleh ECHR.

Kita sangat digalakkan dengan ketenangan Saudara Christensen biarpun dia tidak dilayan dengan adil. Kita berasa yakin bahawa Yehuwa akan terus menyokongnya dan menyokong lebih daripada 200 orang Saksi-Saksi Yehuwa di Rusia yang sedang menghadapi tuduhan jenayah.—Mazmur 27:1.

Transkrip ucapan Saudara Dennis Christensen yang ditujukan kepada Mahkamah Daerah Oryol pada 16 Mei 2019.

Transkrip ucapan Saudara Dennis Christensen yang ditujukan kepada Mahkamah Daerah Oryol pada 23 Mei 2019.