Lompat ke kandungan

25 MEI 2020
RUSIA

Dennis Christensen Tetap Teguh dan Bersukacita biarpun Sudah Dipenjarakan di Rusia selama Tiga Tahun

Dennis Christensen Tetap Teguh dan Bersukacita biarpun Sudah Dipenjarakan di Rusia selama Tiga Tahun

Setakat ini, Saudara Dennis Christensen telah dipenjarakan selama tiga tahun di Rusia. Dia telah ditahan pada 25 Mei 2017. Kawan-kawannya menanya dia bagaimana cabaran ini mempengaruhi imannya. Dia sentiasa menjawab, “Iman saya telah menjadi semakin teguh.”

Dia berkata, “Saya telah mengalami apa yang ditulis dalam buku Yakobus 1:2, 3. Ayat itu berkata, ‘Saudara-saudaraku, bersukacitalah apabila kamu ditimpa pelbagai cubaan, kerana kamu tahu bahawa mutu iman kamu yang telah diuji akan menghasilkan ketabahan.’”

Kita sangat kagum kerana iman dan sukacita Saudara Christensen telah bertambah biarpun menghadapi banyak kesusahan dan cabaran.

Sejurus selepas ditangkap dan sebelum perbicaraannya diadakan, dia ditahan di sebuah penjara tidak jauh dari rumahnya di Oryol. Tidak lama kemudian, isterinya Irina dibenarkan untuk melawatnya. Saudara Christensen telah ditahan di situ sekitar dua tahun. Pada Februari 2019, dia dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun. Tiga bulan kemudian, rayuannya telah ditolak. Dia kemudiannya dipindahkan ke sebuah penjara yang terletak 200 kilometer dari rumah, isteri, dan kawan-kawannya di Oryol.

Selama hampir setahun, Saudara Christensen telah membuat permohonan untuk dibebaskan lebih awal. Namun, tiga daripada empat permohonannya telah ditolak. Walaupun demikian, dia tetap teguh.

Saudara Christensen berkata, “Irina dan saya tidak sempurna, tetapi kami telah belajar cara untuk bertabah dan bersukacita semasa menghadapi kesusahan. Yang paling penting, hubungan kami dengan Tuhan dan Bapa kita Yehuwa telah menjadi semakin akrab.”

Kita berdoa agar Yehuwa akan terus membantu saudara saudari kita di Rusia untuk bertabah dengan sukacita.—Matius 5:11, 12.