Lompat ke kandungan

Saudara Dmitriy Terebilov sebelum ditahan. Sisipan: Dmitriy dikurung di sel semasa perbicaraan mahkamah

12 JULAI 2023
RUSIA

Dmitriy Terebilov Didakwa kerana Bercakap tentang Bible dengan Banduan Lain

Dmitriy Terebilov Didakwa kerana Bercakap tentang Bible dengan Banduan Lain

Pada 20 April 2023, pihak berkuasa Rusia membuka kes jenayah baharu terhadap Saudara Dmitriy Terebilov yang telah dipenjarakan sejak September 2021. Sejak larangan daripada Mahkamah Agung pada 2017, inilah kali pertama seorang Saksi yang sudah dipenjarakan di Rusia didakwa lagi atas tuduhan bercakap tentang Bible dengan seorang banduan. Jika Dmitriy disabitkan bersalah, dia mungkin dijatuhkan hukuman penjara maksimum lapan tahun, dan tempoh ini akan ditambahkan kepada hukuman penjara tiga tahun yang sedang dijalaninya.

Seraya penganiayaan di Rusia menjadi semakin teruk, keyakinan kita terhadap Yehuwa semakin bertambah. Kita tidak ragu-ragu bahawa Yehuwa pasti membantu saudara saudari kita dengan memberi mereka “kuasa luar biasa.”—2 Korintus 4:7.