Lompat ke kandungan

Kiri: Saudara Anton Kuzhelkov dan isterinya, Alyona; Kanan: Saudara Nikolay Prokhorov dan isterinya, Yelena

27 JANUARI 2022
RUSIA

Dua Saudara Rasai Bantuan Yehuwa dan Tetap Berani

Dua Saudara Rasai Bantuan Yehuwa dan Tetap Berani

Mahkamah Daerah Kirsanovskiy di Wilayah Tambov bakal mengumumkan keputusan kes Saudara Anton Kuzhelkov dan Saudara Nikolay Prokhorov. Pihak pendakwa belum mencadangkan hukuman yang mungkin dikenakan.

Garis Masa

  1. 21 Disember 2020

    Pihak berkuasa mula siasatan terhadap Anton dan Nikolay kerana mengaturkan aktiviti sebuah organisasi ekstremis

  2. 24 Disember 2020

    Para penyiasat menggeledah 19 lokasi, termasuk rumah Anton. Dia dibawa ke suatu tempat yang sejauh 350 kilometer dari rumahnya untuk siasatan. Nikolay pula disoal siasat dan diarahkan agar tidak tinggalkan kawasan itu

  3. 25 Disember 2020

    Anton tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah dan dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 30 Ogos 2021

    Anton dipindahkan ke pusat tahanan yang lain

Profil

Kita pasti Yehuwa akan tetap beri keberanian dan sokongan kepada saudara saudari tersayang yang sedang dianiaya.—Amsal 1:33.

a Saudara Kuzhelkov kini dalam pusat tahanan sebelum perbicaraan. Jadi, tidak mungkin untuk dapatkan komennya.