21 NOVEMBER 2023
RUSIA
Empat Saksi Menerima Hukuman Penjara Tertangguh
Pada 20 November 2023, Mahkamah Daerah Proletarskiy di Tula mensabitkan Saudara Yevgeniy Godunov dan Gurami Labadze serta Saudari Yuliya Popkova dan Anzhela Putivskaya. Yevgeniy dan Gurami masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun dan enam bulan. Yuliya dan Anzhela pula masing-masing menerima hukuman penjara tertangguh selama dua tahun dan enam bulan. Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.
Profil
Teladan mereka meyakinkan kita bahawa bantuan Yehuwa dan kisah Bible dapat memberi kita kelegaan dan harapan pada masa yang susah.—Roma 15:4.
Garis Masa
25 Mac 2021
Kes jenayah dibuka
13 April 2021
Rumah-rumah digeledah. Anzhela dan Yuliya ditangkap
14 April 2021
Anzhela dan Yuliya dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan. Yevgeniy ditangkap dan didakwa. Gurami ditahan di rumah
16 April 2021
Yevgeniy dihantar ke pusat tahanan sebelum perbicaraan
20 Mei 2021
Anzhela, Yevgeniy, dan Yuliya dibebaskan daripada pusat tahanan sebelum perbicaraan dan kemudiannya ditahan di rumah
22 Julai 2021
Anzhela, Yevgeniy, dan Yuliya tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan
23 Julai 2021
Gurami tidak lagi ditahan di rumah tetapi dikenakan sekatan perjalanan
11 Mei 2023
Perbicaraan kes jenayah bermula
20 November 2023
Disabitkan dan dikenakan hukuman penjara tertangguh