Lompat ke kandungan

Kiri ke kanan: Aleksey Budenchuk, Konstantin Bazhenov, Feliks Makhammadiyev, Aleksey Miretskiy, Roman Gridasov, dan Gennadiy German, sebelum ditahan

23 SEPTEMBER 2019
RUSIA

Enam Lagi Saksi-Saksi Yehuwa Disabit Bersalah dan Dipenjarakan di Rusia

Enam Lagi Saksi-Saksi Yehuwa Disabit Bersalah dan Dipenjarakan di Rusia

Pada hari Khamis, 19 September 2019, enam orang Saksi-Saksi Yehuwa dari bandar Saratov, Rusia, telah disabit bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara hanya kerana mereka ialah Saksi-Saksi Yehuwa.

Hakim Dmitry Larin dari Mahkamah Daerah Leninsky di Saratov menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan terhadap Saudara Konstantin Bazhenov dan Saudara Aleksey Budenchuk; tiga tahun terhadap Saudara Feliks Makhammadiyev; dua tahun terhadap Saudara Roman Gridasov, Saudara Gennadiy German, dan Saudara Aleksey Miretskiy. Selain itu, keputusan mahkamah menyatakan bahawa selepas tempoh pemenjaraan mereka tamat, mereka tidak dibenarkan untuk memegang jawatan kepimpinan dalam mana-mana organisasi selama lima tahun. Peguam bela ingin membuat rayuan bagi keputusan itu.

Enam Saksi itu dituduh melakukan jenayah selepas pihak berkuasa Rusia menyerbu tujuh buah rumah Saksi di Saratov pada 12 Jun 2018. Kesemua saudara itu sudah berkeluarga. Saudara Budenchuk pula mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah. Saudara Budenchuk bersama dengan Saudara Bazhenov serta Saudara Makhammadiyev, telah ditahan hampir setahun dalam penjara sebelum dibicarakan.

Dalam kata-kata penutupan yang ditujukan kepada mahkamah, keenam-enam saudara memetik beberapa ayat Bible yang membantu mereka tetap setia, dan mengatakan bahawa mereka tidak menyimpan dendam terhadap pihak pendakwa raya.

Setakat ini, kerajaan Rusia telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tujuh saudara yang disabitkan bersalah. Kini, lebih daripada 250 saudara saudari di Rusia sedang menghadapi tuduhan jenayah, seramai 41 orang telah ditahan atau dipenjarakan sebelum dibicarakan, dan 23 orang pula ditahan di rumah.

Kami berdoa bagi saudara saudari di Rusia yang setia dan berani. Semoga ‘kuasa Yehuwa yang mulia memberi mereka segala kekuatan yang diperlukan, agar mereka tabah menempuh segala sesuatu dengan sabar dan sukacita.’—Kolose 1:11.