Lompat ke kandungan

8 OKTOBER 2020
RUSIA

Enam Saksi-Saksi Yehuwa Disabitkan Bersalah oleh Mahkamah Rusia dan Diberikan Hukuman Penjara Tertangguh

Enam Saksi-Saksi Yehuwa Disabitkan Bersalah oleh Mahkamah Rusia dan Diberikan Hukuman Penjara Tertangguh

Pada 8 Oktober 2020, Saudara Aleksandr Ganin, Khoren Khachikyan, Andrey Tabakov, dan Mikhail Zelenskiy, berserta Sergey Mysin dan isterinya, Nataliya, telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah Daerah Zasviyazhsky di Bandar Ulyanovsk. Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman penjara tertangguh antara dua tahun setengah hingga empat tahun. Hal ini bererti bahawa mereka tidak dipenjarakan buat masa ini, tetapi jika mereka melanggar syarat yang ditetapkan, mereka akan dipenjarakan.