Lompat ke kandungan

Saudari Yelena Barmakina dengan suaminya, Dmitriy, di luar Mahkamah Daerah Pervorechenskiy di Vladivostok

29 SEPTEMBER 2020
RUSIA

Hakim Mengembalikan Kes Saudari Yelena Barmakina kepada Pihak Pendakwa kerana Kekurangan Bukti

Hakim Mengembalikan Kes Saudari Yelena Barmakina kepada Pihak Pendakwa kerana Kekurangan Bukti

Pada 29 September 2020, Mahkamah Daerah Pervorechenskiy di Vladivostok tidak mengumumkan keputusan kes Saudari Yelena Barmakina. Sebaliknya, mahkamah mengembalikan kes itu ke pejabat pendakwa. Hakim menjelaskan bahawa pihak pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk menyokong dakwaan bahawa Saudari Barmakina terlibat dalam kegiatan ekstremis. Pihak pendakwa boleh membuat rayuan. Jika mereka tidak berbuat demikian, perbicaraan ini ditangguhkan sehingga pejabat pendakwa mengemukakan bukti yang kukuh untuk meneruskannya.