20 SEPTEMBER 2022
RUSIA
Ketabahan Membawa Hasil Baik
Mahkamah Daerah Levoberezhniy di Bandar Voronezh bakal mengumumkan keputusan kes Saudara Aleksey Antyukhin, Sergey Baev, Yuriy Galka, Valeriy Gurskiy, Igor Popov, Vitaliy Nerush, Stepan Pankratov, a Yevgeniy Sokolov, Mikhail Veselov, dan Anatoliy Yagupov. Pihak pendakwa belum mengemukakan hukuman yang ingin dikenakan.
Garis Masa
13 Julai 2020
Lebih daripada 100 rumah Saksi-Saksi Yehuwa digeledah di Voronezh dan kawasan yang berdekatan. Lebih daripada 40 saudara saudari dibawa untuk disoal siasat. Sepuluh saudara yang disebut di atas ditahan sementara
14-15 Julai 2020
Sepuluh saudara itu dihantar ke tahanan sebelum perbicaraan
3 Ogos–18 September 2020
Saudara Baev, Pankratov, Popov, dan Yagupov dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan dan ditahan di rumah
1-3 Disember 2020
Saudara Antyukhin, Galka, Gurskiy, Nerush, Sokolov, dan Veselov dibebaskan dari tahanan sebelum perbicaraan. Saudara Baev, Pankratov, Popov dan Yagupov dibebaskan dari tahanan rumah
13 Disember 2021
Perbicaraan mahkamah bermula
Profil
Kita rasa digalakkan semasa melihat hasil baik ketabahan saudara saudari di Rusia seraya mereka terus bergantung pada Yehuwa.—Yakobus 1:4.