14 OKTOBER 2021
RUSIA
Lebih 80 Saksi Yehuwa Dijatuhkan Hukuman Penjara Tertangguh—Bagaimana Hidup Mereka?
Sejak April 2017 apabila kerajaan Rusia mengharamkan aktiviti Saksi-Saksi Yehuwa, lebih daripada 500 saudara saudari telah ditahan dan dituduh sebagai ekstremis. Sekitar 40 Saksi telah dipenjarakan dan 15 lagi didenda. Lebih daripada 80 Saksi telah disabitkan dan dikenakan hukuman penjara tertangguh. Walaupun mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa sekarang, hukuman ini adalah tidak adil dan masih membawa kesusahan.
Menurut Kanun Jenayah Rusia, seorang hakim mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara tertangguh dan bukannya hukuman penjara. Dalam hal ini, hakim akan tentukan tempoh pengawasan dan mengenakan sekatan atau syarat tertentu. Jika syarat-syarat pengawasan itu dilanggar, mahkamah dapat menjatuhkan hukuman penjara ke atas pesalah untuk tempoh asal hukuman penjara tertangguh.
Bagaimanakah kehidupan di bawah hukuman penjara tertangguh? Bagaimanakah Yehuwa membantu saudara saudari kita yang mengalami situasi ini? Kami telah menemu ramah beberapa orang yang dikenakan hukuman penjara tertangguh antara dua hingga enam tahun. Mereka menceritakan cabaran yang dihadapi dan bagaimana Yehuwa membantu mereka.
Setelah belajar sedikit sebanyak tentang kehidupan mereka yang dijatuhkan hukuman penjara tertangguh, hati kita tergerak untuk berdoa bagi mereka dan keluarga mereka dengan lebih tekun dan terperinci. Pengalaman mereka membuktikan bahawa Yehuwa menjawab doa sedemikian dan menyokong penyembah-Nya yang setia semasa mereka mengalami segala macam cubaan.—2 Korintus 1:3, 4.