Lompat ke kandungan

Baris atas, kiri ke kanan: Saudara Aleksey Bogatov, Yevgeniy Fomashin, dan Vladimir Mavrin

Baris bawah, kiri ke kanan: Saudara Andrey Murych dan Sergey Tyurin

29 NOVEMBER 2023
RUSIA

Lima Saudara Disabitkan oleh Mahkamah Rusia di Wilayah Saratov

Lima Saudara Disabitkan oleh Mahkamah Rusia di Wilayah Saratov

Pada 23 November 2023, Mahkamah Daerah Balakovskiy di Wilayah Saratov mengumumkan keputusan kes Saudara Aleksey Bogatov, Yevgeniy Fomashin, Vladimir Mavrin, Andrey Murych, dan Sergey Tyurin. Mereka telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh atau dikenakan denda. Aleksey dan Vladimir dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama enam tahun. Andrey, Sergey, dan Yevgeniy telah dikenakan denda sebanyak 300,000 ruble (3,362 dolar Amerika). Mereka tidak perlu dipenjarakan buat masa ini.

Profil

Teladan kelima-lima saudara ini mengingatkan kita bahawa kuasa Tuhan dapat membantu kita bertabah demi berita baik.—2 Timotius 1:8.

Garis Masa

  1. 11 Februari 2022

    Kes jenayah dibuka

  2. 23 Mac 2022

    Pegawai FSB menggeledah rumah-rumah mereka. Mereka disoal siasat dan dihantar ke pusat tahanan sementara

  3. 25 Mac 2022

    Para saudara dimasukkan ke pusat tahanan sebelum perbicaraan

  4. 23 Januari 2023

    Para saudara dibebaskan tetapi dikenakan sekatan perjalanan

  5. 21 Julai 2023

    Perbicaraan kes jenayah bermula

  6. 23 November 2023

    Disabitkan oleh mahkamah