Lompat ke kandungan

Saudara dan Saudari Akopyan (depan tengah) bersama orang lain yang datang untuk memberikan sokongan.

6 MAC 2019
RUSIA

Mahkamah Agung Membatalkan Hukuman terhadap Saudara Akopyan di Rusia

Mahkamah Agung Membatalkan Hukuman terhadap Saudara Akopyan di Rusia

Pada 1 Mac 2019, Mahkamah Agung Republik Kabardino-Balkaria membatalkan keputusan mahkamah yang lebih rendah atas Saudara Arkadya Akopyan. Dia telah menghadiri perbicaraan di mahkamah untuk lebih daripada setahun atas tuduhan mengedarkan bahan bacaan “ekstremis” dan ‘membangkitkan kebencian agama.’

Sebelum ini, Saudara Akopyan, yang berumur 70 tahun, telah dijatuhi hukuman khidmat komuniti oleh mahkamah yang lebih rendah. Tetapi Mahkamah Agung telah membatalkan hukuman itu.

Kita bersyukur kepada Yehuwa atas kemenangan ini dan kita bersukacita bersama Saudara Akopyan. Kita akan terus berdoa agar saudara saudari kita dapat mengekalkan kesetiaan mereka dengan tabah.—2 Tesalonika 1:4.