Lompat ke kandungan

23 Mei 2019
RUSIA

Mahkamah Rayuan Mengekalkan Keputusan untuk Memenjarakan Dennis Christensen

Mahkamah Rayuan Mengekalkan Keputusan untuk Memenjarakan Dennis Christensen

Pada 23 Mei 2019, panel tiga hakim Mahkamah Daerah Oryol, menolak rayuan Dennis Christensen dan mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum itu untuk memenjarakannya selama enam tahun. Kira-kira 80 orang saudara saudari menghadiri perbicaraan itu, termasuk pegawai dari Australia dan Denmark. Keputusan kes itu juga telah dilaporkan oleh media antarabangsa.

Sejak Saudara Christensen dijatuhkan hukuman pada bulan Februari hingga bulan Mei, sebanyak 115 buah rumah Saksi telah diserbu. Jumlah dakwaan yang dibuat terhadap Saksi-Saksi Yehuwa dalam tiga bulan itu meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding dakwaan yang dibuat antara bulan November hingga Februari.

Kami berdoa untuk Saudara Christensen dan semua rakan seiman di Rusia. Kami yakin bahawa Yehuwa “dekat kepada semua orang yang berseru kepada-Nya” dan akan terus membantu saudara saudari kami untuk tetap berteguh semasa menghadapi tentangan.—Mazmur 145:18.