Lompat ke kandungan

Saudara Yevgeniy Spirin dan isterinya, Natalya

14 OKTOBER 2020
RUSIA

Mahkamah Rayuan Rusia Mengekalkan Keputusan untuk Menyabitkan Bersalah dan Mendenda Saudara Spirin

Mahkamah Rayuan Rusia Mengekalkan Keputusan untuk Menyabitkan Bersalah dan Mendenda Saudara Spirin

Pada 14 Oktober 2020, Mahkamah Wilayah Ivanovo mengekalkan keputusan asal dan denda yang dikenakan ke atas Saudara Yevgeniy Spirin pada Julai 2020. Mahkamah rayuan itu menolak permintaan pihak pendakwa untuk membicarakan semula kes Saudara Spirin. Kemungkinan besar, pihak pendakwa akan membuat rayuan terhadap keputusan ini kerana mereka mahu permintaan asal mereka dilaksanakan, iaitu supaya Saudara Spirin dipenjarakan selama tujuh tahun.