Lompat ke kandungan

Saudara Valeriy Moskalenko semasa perbicaraannya yang terakhir

30 OGOS 2019
RUSIA

Mahkamah Rusia Akan Mengumumkan Keputusan Kes Saudara Moskalenko Minggu Depan

Mahkamah Rusia Akan Mengumumkan Keputusan Kes Saudara Moskalenko Minggu Depan

Hakim Ivan Belykh dari Mahkamah Daerah Zheleznodorozhniy di Khabarovsk, akan mengumumkan keputusan kes jenayah Saudara Valeriy Moskalenko (yang berusia 52 tahun) pada 2 September 2019.

Pada pagi 2 Ogos 2018, Agensi Keselamatan Persekutuan (FSB) dan polis perusuh menyerbu rumah Saudara Moskalenko. Mereka telah menggeledah rumahnya selama kira-kira lima jam sebelum menangkapnya. Sejak itu, Saudara Moskalenko telah ditahan sebelum dibicarakan selama lebih daripada setahun. Kita risau bahawa Saudara Moskalenko juga akan disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seperti kes Dennis Christensen.

Pada 18 Disember 2018, satu aduan untuk kes Moskalenko lwn. Rusia telah difailkan ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR). Sehingga kini, terdapat lebih daripada 50 aduan terhadap Rusia yang telah difailkan kepada ECHR, dan 34 daripadanya telah dikemukakan kepada kerajaan Rusia.

Kita berbangga dengan saudara saudari kita yang dikasihi di Rusia ‘kerana mereka tetap tabah dan beriman semasa menanggung bermacam-macam penganiayaan dan kesusahan.’ Jelaslah, mereka mendapat sokongan dan berkat Yehuwa. Semoga Yehuwa terus memberikan kekuatan kepada Saudara Moskalenko. Kita berdoa agar dia terus bertabah dan tetap bersukacita tidak kira apa keputusannya kelak.—2 Tesalonika 1:4.