28 OKTOBER 2020
RUSIA
Mahkamah Rusia Enggan Membebaskan Saudara Bazhenov Lebih Awal
Pada 28 Oktober 2020, Mahkamah Bandar Dimitrovgrad di Wilayah Ulyanovsk enggan membebaskan Saudara Konstantin Bazhenov lebih awal dan enggan menggantikan baki tempoh penjaranya dengan denda. Dia mempunyai 10 hari untuk membuat rayuan.
Semasa Saudara Bazhenov ditahan buat kali pertama pada Jun 2018, dia berasa takut. Namun, dia mula mencatatkan ayat-ayat Bible di dalam sebuah buku nota. Dia dapat mengingati kira-kira 500 ayat Bible. Akhirnya, dia memperoleh sebuah Bible dan membacanya dalam masa empat bulan. Saudara Bazhenov telah menulis surat untuk mengongsi kata-kata galakan daripada Bible. Dia juga menyanyikan lagu teokratik dan sering berdoa merayu bantuan Yehuwa.
Saudara Bazhenov ditahan lebih daripada 340 hari sebelum dibicarakan. Pada September 2019, dia disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah. Namun, dia meneruskan rutin rohaninya. Dengan bantuan Yehuwa, Saudara Bazhenov dapat menyambut Peringatan semasa dalam penjara. Hubungannya yang erat dengan Yehuwa membolehkannya untuk bertabah dan menghadapi penganiayaan dengan sukacita. Semoga kita semua berdoa bagi pihak Saudara Bazhenov.