Lompat ke kandungan

Saudara Yevgeniy Fedin dan Saudara Sergey Loginov

2 MEI 2019
RUSIA

Mahkamah Rusia Membebaskan Dua Saudara Terakhir yang Ditahan di Surgut

Mahkamah Rusia Membebaskan Dua Saudara Terakhir yang Ditahan di Surgut

Pada 9 April 2019, Mahkamah Bandar Surgut memerintahkan agar Saudara Yevgeniy Fedin dan Saudara Sergey Loginov dibebaskan. Biarpun pihak berkuasa di Rusia mahu mereka ditahan sehingga kes mereka dibicarakan, mereka telah dibebaskan dari penjara pada 11 April. Namun, tuduhan jenayah yang dilontarkan terhadap mereka masih dalam proses siasatan.

Saudara Fedin dan Saudara Loginov telah dipenjarakan sejak 15 Februari 2019. Pada waktu itu, polis telah menggeledah banyak rumah Saksi di bandar Surgut dan pihak berkuasa di situ telah membuat tuduhan jenayah terhadap 19 orang Saksi. Tiga orang daripada mereka, iaitu Saudara Yevgeniy, Saudara Sergey, dan Saudara Artur Severinchik, ditahan sehingga kes mereka dibicarakan. Namun, Saudara Artur kemudiannya dibebaskan pada 15 Mac.

Semasa penggeledahan yang berlaku pada bulan Februari, pihak polis telah menyeksa tujuh orang saudara, termasuk Saudara Loginov. Layanan kejam pihak polis telah dilaporkan kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah. Laporan ini sedang diproses oleh pihak mahkamah.

Kita berasa yakin bahawa Yehuwa akan terus mendengar doa kita dan Dia akan menguatkan saudara saudari kita di Rusia.—Mazmur 10:17.