Lompat ke kandungan

23 JUN 2020
RUSIA

Mahkamah Rusia Membebaskan Saudara Dennis Christensen Lebih Awal

Mahkamah Rusia Membebaskan Saudara Dennis Christensen Lebih Awal

Pada 23 Jun 2020, Mahkamah Daerah Lgovskiy di Wilayah Kursk memutuskan untuk membebaskan Saudara Dennis Christensen lebih awal. Seperti yang dituntut pihak pendakwa, hakim membatalkan hukuman penjara Saudara Christensen tetapi dia harus membayar denda sebanyak 400,000 ruble ($5,759 A.S.). Keputusan itu akan berkuat kuasa dalam 10 hari, dan selepas itu Saudara Christensen boleh pulang ke pangkuan isterinya, keluarganya, dan rakan seiman. Semua pujian diberikan kepada Yehuwa!